Resipi Sotong Mamak Nasi Kandar ini merupakan hasil perkongsian Riza Molinda. Jadi selepas ini bolehlah kurang-kurangkan makan di luar. Kalau masak sendiri lebih terjamin kebersihan kan?
Resipi asal daripada Mimpi Lann
Bahan :
1 kg Sotong – cuci dan toskan
2 sb Rempah kari ikan/ daging
2 senduk Sos cili
Bawang besar – hiris bulat
Tomato – belah 4
Daun sup – hiasan
Bahan kisar :
Bawang besar
Bawang putih
3 biji Cili merah
5 tangkai Cili kering
6 biji Cili padi
1/2 cm Lengkuas
1 cm Halia
1/2 batang Serai
Bahan tumis :
Bawang besar – hiris
Bawang putih – hiris
3 biji Cili merah – hiris
4 biji Cili padi – hiris
Halia – hiris
Daun kari
Halba campur
Cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan untuk menumis tadi sehingga bawang layu.
- Kemudian masukkan rempah kari dan kacau rata sebentar. Jangan sampai hangit kerana nanti tidak sedap.
- Selepas itu baru masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak. Biarkan kering pun tidak mengapa kerana nanti akan masukkan sotong dan keluar air sotong.
- Masukkan sos cili, garam dan sos tiram. Gaul rata dan masukkan sotong. Kuatkan api.
- Kacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah. Jangan masak terlalu lama kerana sotong akan liat.
- Masukkan bawang besar, tomato yang dibelah dengan daun sup. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Riza Molinda
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/