Bahan-bahan:
5 ekor sotong (dicuci & dipotong serta dikelar)
Garam (secukup rasa)
Lada Sulah (secukup rasa)
1/4 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
3 cawan minyak (untuk menggoreng)
Cara membuatnya:
- Masukkan sotong, garam, lada sulah, serbuk kunyit, tepung jagung, tepung kastard, dan telur ke dalam satu mangkuk.
- Gaul rata dan biarkan selama 1 minit.
- Ambil sotong satu demi satu dan tepukkan dengan tepung gandum.
- Kemudian goreng sehingga rangup dengan api sederhana.
Tip: Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.