fbpx

Setiap 4 Bulan Kena Buat Ni, Baru Seronok Nak Cuci Pinggan!

iCookAsia

Geramnya kalau setiap kali basuh pinggan mesti sinki nak tersumbat. Setiap kali tu juga lah nak kena cucuk lidi ke dalam lubang sinki tu untuk ‘lancarkan’ balik jalan sinki tu. Siapa yang pernah mengalami situasi tu? Jangan risau, sekarang admin akan kongsikan cara elakkan atau bersihkan sinki yang tersumbat.

Terima kasih Norliza Zakaria untuk perkongsian cara elakkan sinki tersumbat ni 🙂

 

Cara elak atau bersihkan sinki tersumbat:

1. Bahan diperlukan hanya cuka, soda bikarbonat dan air panas yang baru mendidih.


2. Tabur soda bikarbonat dekat lubang sinki tu, letak banyak-banyak pun boleh.


3. Biarkan seketika.


4. Curahkan cuka. Masa ni jaga-jaga dengan asap sebab tindak balas soda dengan cuka tu. Biar dalam 10 minit begitu.


5. Curahkan air panas yang baru mendidih.

6. Tengok air lalu dengan laju tu dah ok dah!

Nota:

Jadikan rutin setiap 4 bulan, 3 kali setahun untuk elakkan sinki tersumbat ok 🙂

Kredit tips dan gambar: Norliza Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.my

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x