Gigitan pertama sebiji burger jalanan mampu mengundang pelbagai rasa dan memori. Walau hanya gerai kaki lima, keenakkan mengalahkan rasa hotel lima bintang. Sedap dan juicy meleleh.
Cara nak tahu gerai burger itu sedap atau tidak, senang sahaja. Tengok berapa panjang barisan pelanggan yang beratur nak membeli. Sambil beratur, buat kira-kira berapa agaknya keuntungan abang burger sehari, mahu mencecah hingga empat angka. Kalau sebulan, kalah gaji menteri agaknya. Silap haribulan boleh jadi jutawan burger. Tapi adalah syaratnya. Bukan semudah ABC.
Nak buka gerai burger, memang mudah, modal pun rendah dan kurang berisiko. Cuba bayangkan paling sedikit pun sekurang-kurangnya 100 biji burger biasa dapat dijual dengan harga RM4.00, hasil jualan sehari mencecah RM400 dan sebulan abang burger mampu menjana sehingga RM12,000.00. Ini paling minimum jika 100 biji burger sehari. Cuba bayangkan pula yang punya pelanggan beratur seperti tak ada hari esok…korang kira sendiri. Wow!
Tapi persoalannya, mampukah kita bersaing dengan gerai-gerai yang sedia ada? Restoran serta kafe hipster yang menjual gaya hidup dan punya ruang OOTD buat pengunjung? Silap-silap kita duduk termenung tunggu pelanggan datang.
Jangan asyik langgar dinding, ikut nasihat pakar jika nak perniagaan burger anda berjaya. Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
1.Modal
Pastikan modal mencukupi. Modal bukan meliputi barang untuk membuat burger sahaja, tapi modal termasuk juga peralatan yang digunakan untuk membuat burger, meja atau kerusi, payung jika perlu, kiosk, gaji pekerja dan lain-lain.
Secara kasarnya, anda memerlukan modal pendahuluan sekitar RM5000 hingga RM6000 sahaja. Ia bergantung kepada jenama dan kualiti barang serta peralatan yang menjadi pilihan.
- Purata harga sebuah gerai burger (Meja, kerusi, kiosk); RM2,000 – RM3,000
- Purata harga dapur memasak: RM200 – RM500
- Harga lampu: RM50
- Purata harga peralatan memasak: RM500 – RM800
Anda juga perlu menyediakan bajet sekitar RM5500.00 sebulan, untuk bahan mentah seperti:
- Roti burger (RM9.90 x 10 x 30 = RM2970.00)
- Marjerin (RM8.90 X 15 = RM133.50)
- Mayonis (RM8.00 X 15 = RM120.00)
- Keju (RM34.00 X 36 pack = RM1224.00)
- AJI-SHIO®️ Serbuk LADA Berperisa (RM54.15 X 3 = RM162.45)
- AJI-SHIO®️ Serbuk LADA HITAM Berperisa (RM5.50 X 30 = RM165.00)
- Sos cili (RM30.90 X 5 = RM154.50)
- Daging lembu dan ayam (RM7.00 X 50 = RM350.00)
- Telur (RM14.90 X 10 = RM149.00)
Jumlah = RM5428.45
2.Lokasi
Pemilihan lokasi juga sangat penting. Pastikan anda memilih lokasi yang betul dan sesuai dengan target pelanggan yang anda inginkan. Pemilihan lokasi juga membantu anda untuk membuat keputusan dalam menetapkan harga yang bersesuaian untuk sebiji burger. Seseorang pernah berkongsi tip biasa tapi luar biasa sebenarnya – Buka gerai burger di kawasan flat atau rumah pangsa kerana kepadatan penduduk menjadikan bisnes mudah berkembang. Jangan sesekali buka di kawasan elit, rumah teres kerana mereka bukan sasaran utama.
3.Ciri khas (signature)
Setiap perniagaan perlulah ada keistimewaan tersendiri, apatah jika perniagaan itu ramai pesaing. Kiri kanan dan depan belakang boleh dikatakan ada gerai, kafe, mahupun restoran burger di sekitar. Jadi, carilah ciri khusus yang menyebabkan orang craving sampai termimpi-mimpi nak makan burger kita. Antara ciri khas yang boleh diolah mengikut selera adalah dengan mencipta menu istimewa dan pastikan patty burger kita cukup menyelerakan! Kami akan ceritakan lanjut rahsia patty burger yang sedap lagi menggeliurkan.
4.Daftar perniagaan
Ingat! Walaupun perniagaan kita adalah perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan, tapi pastikan ianya berdaftar serta sah di sisi undang-undang. Jangan buat perangai main pacak saja ya, nanti berlaku apa-apa kejadian, susah kita nanti. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memohon lesen perniagaan kecil bermula dengan pertimbangan kelayakan anda. Antara perkara penting ketika memohon lesen perniagaan adalah:
- Berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
- Anda juga sudah tentukan jenis perniagaan dan produk yang bakal dilaksanakan.
- Bukan itu sahaja, hak milik perniagaan juga perlu ditentukan sama ada perniagaan itu milik perseorangan atau perkongsian.
- Jangan lupa sediakan nama yang sesuai untuk perniagaan anda. Sediakan lebih daripada satu nama perniagaan sebagai langkah berjaga-jaga. Mungkin nama yang anda pilih sudah ada orang lain daftar dulu. Tak adalah buang masa nak fikir nama yang baru pula.
- Daftar perniagaan anda pada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
- Anda boleh mendaftar secara online atau pergi ke kaunter pendaftaran SSM yang berdekatan dan sedang beroperasi.
Selain memohon lesen perniagaan, anda juga perlu mendapatkan lessen dari Pihak Berkuasa Tempatan. Lesen ini penting jika kita ingin membuka gerai di tepi jalan. Anda perlu kenalpasti Majlis Perbandaran di kawasan perniagaan anda. Jika ingin berniaga di Gombak contohnya, perlu dapatkan lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Harus diingat, setiap kawasan mungkin berbeza tentang kelayakan atau syarat yang dikenakan. Oleh itu, rujuk kepada sumber dan khidmat bantuan yang betul agar tak buang masa dan mudahkan proses dapatkan lesen.
5.Pekerja
Team kerja sangat penting dalam memastikan perniagaan kita berjalan lancar. Dapat pekerja yang rajin dan ikhlas adalah rezeki terbesar. Bukan semua orang lihat menjual burger itu satu kerjaya, tapi bagi mereka yang ikhlas, mereka melakukan kerja dengan sangat baik. Namun sebagai majikan, pastikan gaji yang diberi setimpal dengan keringat, barulah semangat nak melangkah pergi kerja setiap hari. Betul tak?
6.Membuat marketing dan branding
Tak perlu sehingga nak membuat marketing dan branding sehingga masuk surat khabar atau televisyen, gunakan sahaja medium percuma seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan Twitter. Kenalah rajin kongsikan setiap hari aktiviti, cara menyediakan burger yang sedap, rahsia patty meleleh, barulah orang kenal gerai kita.
Lakukan promosi pembukaan atau jika ada sedikit modal, bahagikan burger secara percuma di sekitar kawasan gerai untuk memberi orang merasa terlebih dahulu air tangan anda.
Dan jangan lupa, senaraikan gerai burger anda di semua platform penghantaran makanan seperti Foodpanda, Grab dan Shopee Food.
7.RAHSIA terbesar!
Semua orang mampu buat burger. Bezanya sama ada ia cukup mengancam atau tidak. Hanya pencinta burger sejati dapat membezakan elemen terpenting bagi menilai keenakan sebiji burger – patty burger!
Sudah ramai peniaga yang beralih daripada burger pasaraya kepada patty adunan tersendiri. Selain daging cincang, bawang, telur, sos perang dan serbuk roti, AJI-SHIO®️ lada berperisa dan AJI-SHIO®️ lada hitam berperisa mampu menyempurnakan rasa patty burger. Sungguh!
Lebih 40 tahun resipi rahsia patty terbaik ini tersimpan rapi dalam poket Abang Burger. Pergilah ke seluruh pelusuk mana pun, air tangan Abang Burger tetap sama. Gabungan dua beradik AJI-SHIO®️ ini mampu menyempurnakan segenap rasa dalam setiap gigitan. Setiap kunyahan merembeskan seribu cetusan rasa bersama aroma yang terbit daripada lada hitam bersama sedikit sentuhan rasa masin. PERFECT!
Cuba sediakan sendiri di rumah, masukkan semua adunan di atas dan tambahkan AJI-SHIO®️ lada putih dan lada hitam. Pastikan semuanya sebati dan bentukkan patty.
Panaskan pan dan jangan masak terlalu garing dan jangan terlalu cepat. Pastikan aroma mula naik barulah diangkat dan digabungkan bersama sos, mayonis, keju, sayur, dan roti yang telah dibakar terlebih dahulu menggunakan mentega.
Angkat sebiji burger dan suakan di mulut. Gigitan pertama itulah gigitan yang pasti paling diingati dan esoknya? Confirm repeat!
Nak tahu cara sediakan burger terpaling lazat era ini?
https://www.facebook.com/AJISHIO.Cooking atau https://www.ajinomotofoodbizpartner.com.my/recipe-biz/burger/#recipe
Berita baik untuk semua Abang Burger, AJI-SHIO® sedang mengadakan kempen beli dan tebus dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimiliki. Klik link ini.
https://www.ajinomotofoodbizpartner.com.my/biz-buzz/ajishio-burger/