Bulan puasa ni mesti terasa nak ada sesuatu untuk mengunyah kan? Apa kata anda semua cuba buat Popia Nestum ini, sangat mudah dan sedap tau. Memang puas hati makan dengan rasa sebati nestum dan bahan-bahan lain.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Adriana Qistina Zamri perkongsian resipi Popia Nestum ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Kulit Popia
Bahan B:
1 cawan nestum
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung susu (Boleh tukar dengan Horlick)
Cara membuat:
- Mula-mula, gulungkan kulit popia panjang-panjang macam dalam gambar di atas. Jangan gulung terlalu tebal dan biarkan ada sedikit ruang di tengah gulungan popia supaya setiap lapisan popia masak. boleh gunakan lidi untuk gulungkan popia.
- Kemudian, untuk gamkan hujung kulit popia, boleh gunakan air, telur atau air bancuhan tepung.
- Selepas sudah siap gulung, gunting popia dengan potongan serong atau menegak ikut suka.
- Seterusnya, gorengkan popia dengan api yang sederhana sehingga kelihatan kekuningan. Jangan gunakan api yang besar sebab popia mudah hangus.
- Sementara tunggu popia sejuk, kisarkan 1 cawan nestum dan 1/2 cawan gula dengan mesin pengisar kering.
- Campurkan nestum dan gula tersebut dengan 1/2 cawan susu tepung, nak guna Horlick pun boleh. Untuk yang ini, gunakan sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia.
- Masukkan popia yang sudah siap digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan dengan serbuk campuran nestum, gula dan susu tadi. Pastikan popia sudah sejuk, baru taburkan. Kalau tidak, campuran akan menjadi cair dan berlengas.
- Akhir sekali, tutup bekas dan goncangkan hingga campuran sebati dengan popia. Siap untuk dihidangkan.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Adriana Qistina Zamri(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity