fbpx

Senang Sangat Buat Homemade Cream Cheese Rupanya. Buat Kek Dan Roti Korea Viral Pun Tak Ada Masalah Lepas Ni.

iCookAsia

Pada musim PKP yang pertama tahun ini, ramai yang berjinak untuk membuat kek. Lebih lebih lagi dengan menggunakan Cream Cheese. Apabila dah ramai, bahan tersebut pun sekejap sahaja sold out di kedai. Kalau habis, jangan risau… Pengguna Facebook ini, berkongsikan resipi membuat Cream Cheese sendiri di rumah sahaja. Wow menariknya!

Terima kasih Dee Diana Haser untuk perkongsian resipi Homemade Cream Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

1 liter susu full cream (jenama tak kisah)

4 sudu makan lemon atau cuka

1 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Masak susu hingga mendidih. Kemudian kecilkan api.
  2. Masukkan lemon atau cuka dan kacau hingga kelihatan mengental seperti susu basi. Dan matikan api.
  3. Tapis dengan penapis teh (air boleh buangkan sahaja).
  4. Ambil pepejal susu atau yang kental tadi. Tambah garam (boleh letak lebih kalau suka masin)
  5. Pukul dengan mixer atau blender hingga tekstur berkrim.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dee Diana Haser (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x