Hai semua. Sempena nak Raya Haji ni kan, jom kita try resepi biskut Semperit ni, boleh juga mencuba bersama anak-anak, dengan warnanya yang menarik pasti anak-anak ringan tangan nak tolong 😍😍
Jom cuba resepi ini hasil perkongsian dari saudari Sofea Ahmad
BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 3/4 cawan Krimer Manis Tembikai Susu SAJI
- 400 gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung kastad
- sedikit pewarna makanan hijau
- secubit garam
CARA-CARA
- Gaul butter dan susu hingga sebati menggunakan senduk.
- Masukkan pewarna hijau dan garam, gaul sebati.
- Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung kastard.
- Gaul hingga doh tak melekat.
- Tekan dgn acuan semperit dan hias dengan manik @choc chip @ceri.
- Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Kredit: Sofea Ahmad
Bagi anda yang ingin dapatkan barang dapur, jom dapatkan di shop.icookasia.my.
Selamat mencuba!