fbpx

Semperit Susu Bandung Yang Lain Daripada Lain. Buat Untuk Raya Ni, Confirm Ramai Berebut Nak Rasa. Resepi #Raya

iCookAsia

Kuih Semperit merupakan antara kuih raya yang wajib ada di rumah untuk sendiri menikmati dan juga untuk para tetamu. Zaman moden sekarang ini, ramai yang tiada masa untuk duduk di dapur lama-lama untuk membuat kuih raya. Semua pakat tempah dan beli sahaja. 

Tetapi, apa kata untuk raya kali ini kita curi masa sedikit untuk belajar buat sendiri. Baru lah dapat berjimat daripada membeli sahaja. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan Krimer Manis Bandung untuk membuat Semperit. Warna pink dan bukannya kuning seperti biasa. Bahan yang perlu disediakan pula betul betul senang untuk dapatkan. Jom cuba!

Terima kasih Lie Ya untuk perkongsian resipi Semperit Susu Bandung ini 🙂

Bahan-bahan:

250gm mentega

3/4 cawan Krimer Manis Bandung SAJI

400grm tepung jagung

3 sudu besar tepung kastard

Ceri (hiasan)

Cara membuat:

  1. Gaul sebati mentega dengan Krimer Manis Bandung SAJI. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  2. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat.
  3. Tekan menggunakan acuan semperit. Hiaskan dengan ceri.
  4. Bakar mengikut suhu oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lie Ya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x