fbpx

Seleksi Tumis Berapi Jawa Style. Tumis Terung, Bendi Dan Ikan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Ada yang kalau lauk tak pedas, memang tak berselera nak makan. Sanggup berulam dengan cili padi supaya lebih kick. Macam perkongian kali ini, katanya bukan senang sebenarnya nak memasak lauk Jawa Style, tumisan haruslah betul betul garing, cara tumbuk bahan juga memainkan peranan. Namun apa yang mudah, bahan yang sama boleh dipelbagaikan dengan lauk berbeza.

β€œJangan kecam sy post gambar pukul 8 pagi sbb dkt sini pukul 8 mlm. nak cite ni one of my lauk favorite, Tumis terung! Sy ni anak jawa, so dr kecik lauk2 camni yg mak masak n sgt2 membuka selera tp bukan senang nk dpt rs yg betul. Minyak nk kena cukup dgn bhn tumbuk, tumis nk kena betul garing, pedas nk kena menyengat, kadang cara tumbuk tak betul pun effect rasa, ehhh mcm2 lg la..Yg bestnye dgn basic bahan, tambah tolak itu ini boleh buat lauk lain.

β€œCili api pakai cili api hijau dgn merah sbb kalau merah je, so nnt pedas je tak manis. kalau hijau dgn merah sedap dia lain, manis dia lain. level pedas org jawa mkn mesti menangis, keluar hingus n tercungap-cungap tp tambah tetap tambah.”

 

Tumis terung :

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan. Tumis.

2. Tumis sampai garing dan baru masukkan terung. Gaul rata dan baru masukkan air.

3. Kemudian tutup kuali supaya terung empuk. Perasakan.

 

Tumis bendi :

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan.

2. Tumis sampai garing, masukkan bendi, masuk air, asam keping dan tutup kuali supaya bendi empuk. Perasakan.

 

Ikan Goreng Cili Api :

1. Goreng ikan sampai garing dan ketepikan.

2. Kemudian tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan.

3. Tumis sampai garing, masukkan asam keping, perasakan dan curah ke atas ikan atau boleh masukkan ikan dan gaul skali.

 

Ikan Bilis Cili Api :

1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan.

3. Tumis sampai garing, masukkan asam keping, perasakan dan lebihkan gula. Masukkan ikan bilis dan gaul sebati.

 

Sambal belacan :

1. Tumbuk cili api, belacan bakar, letak air masak sikit, perah limau nipis dan perasakan.

 

Kangkung Belacan :

1. Tumbuk cili besar merah dengan belacan. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kangkong. Perasakan dan masak sampai kangkung lembut.

 

Nasi goreng :

1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan.

3. Tumis sampai garing, kemudian masukkan nasi sejuk dan gaul rata. Perasakan dan campurkan bilis goreng tadi.

Sumber : Ivy Shaari David

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x