fbpx

Sekejap Je Buat Aiskrim Homemade Ni. Ikut Bahan-Bahan Dalam Resepi Ni, Baru Aiskrim Menjadi Dan Gebu.

iCookAsia

Bahan tak cukup dekat rumah tapi teringin nak makan aiskrim? Jangan risau, ikut je perkongsian resipi di bawah ini. Pengguna Facebook ini menggunakan susu tepung anak jenama Everyday je untuk buat Aiskrim. Siapa sangka kan boleh guna susu tepung je?

Terima kasih Eyta Mazlie untuk perkongsian resipi Aiskrim Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin susu cair atau susu kotak (“saya guna susu tepung anak je dibancuh dengan satu air masak”)

¼ tin susu pekat atau ikut kemanisan 

1 penutup esen vanila 

1 sudu besar ovalette (“Saya lebihkan 2 sudu besar”)

Cara membuat:

  1. Campurkan ke semua bahan dan gaul hingga gebu.
  2. Masuk ke dalam bekas.
  3. Bekukan ke dalam freezer. 

*Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, anda cuma perlu gandakan bahan-bahan tersebut.

**Ini base untuk aiskrim vanilla. Kalau anda suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yang anda suka.

***Untuk aiskrim ini, saya warna kan untuk nampak lebih menarik. 

Nota: “Susu anak tu saya guna susu everyday, jadi orang dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak full cream atau low fat. Tapi PKP ni kita guna ja bahan apa ada di dapur..” – Eyta Mazlie

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eyta Mazlie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x