Mesti anak-anak suka kalau mereka dapat makan Kek Coklat Bakar kan? Boleh lah buatkan dengan menggunakan resepi yang telah dikongsikan oleh pengguna Facebook ini. Buat untuk makan petang pun sedap juga.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Tg Khuzanika perkongsian resipi kk Coklat Bakar ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
2 biji telur gred A
2 cawan gula icing (Jangan penuh sangat)
Bahan B (Untuk diayak):
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
Ayakkan bahan di atas selama tiga kali
Bahan C:
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar nescafe
1/2 cawan air panas mendidih (bancuh bersama nescafe tadi untuk menjadi kek hitam dan sedap berbeza dengan kek coklat biasa)
1/2 sudu kecil garam
1 penutup esen vanilla
Cara membuat:
- Â Mula-mula, pukul telur dengan gula sampai kembang putih.
- Letakkan garam dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Seterusnya, masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli dengan susu cair, minyak dan nescafe tadi.
- Kemudian, ulang sampai habis dan bakar mengikut suhu oven masing-masing.
Bahan D (Topping):
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (terpulang nak manis macam mana)
1/4 cawan susu cair (Boleh tambah kalau pekat)
2 sudu besar butter
Cara membuat:
- Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali butter.
- Kacau dengan whisk sampai sebati. Baru buka api kecil sahaja.
- Masukkan butter dan kacau lagi bagi berkilat. Tutup api.
- Akhir sekali, suam-suam dan boleh siram atas kek.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity