fbpx

Sedapnya Bengkang Roti Pandan. Menyesal Tak Buat Daripada Dulu.

iCookAsia

Resipi Bengkang Roti Pandan ini cukup simple, namun rasanya memang buat orang tak boleh lupa. Malah cara membuatnya juga mudah, hanya kisar semua bahan dan terus di bakar.

Terima kasih Art Iera atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

12-14 keping Roti putih – potong 6

2 1/2 cawan Air daun pandan

1 cawan Santan segar /kotak

3 biji Telur

1 cawan Gula

1 sk Garam

1- 2 titis Pewarna hijau

 

Hiasan :

Sedikit bijan putih

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan kecuali roti dan tuang di atas roti. Biarkan roti kembang dan tabur bijan di atasnya. Griskan dahulu loyang dan baru tuang adunan.
  2. Bakar pada suhu 200c menggunakan api atas bawah sehingga masak. Boleh juga dikukus sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Art Iera

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x