fbpx

Sandwich Telur Sedap Melekat Dengan Bawang Karamel. Makan Hari-Hari Pun Tak Jemu.

iCookAsia

Resipi sandwich telur ini juga antara menu yang cukup laris dibuat berjualan. Menurut Suraya Yaacob, walaupun hanya resipi biasa, namun ia cukup laris di kalangan pelanggan setia. Bak kata orang, kata sehari tak merasa, merindu setahun ibaratnya.

Katanya bawang karamel dalam inti membuatkan sandwich telur yang dihasilkan lebih sedap dan wangi.

1 buku roti panjang menggunakan tujuh biji telur dan tidak menggunakan salad dan tomato.

 

Bahan bawang karamel :

1 biji bawang

1 sudu teh serbuk oregano

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak

Cara :

  1. Gaulkan semua bahan dan masak di atas dapur sampai layu.
  2. Sejukkan dan campurkan ke dalam sandwich.

Bahan inti :

  1. Rebus telur dan hancurkan.
  2. Masukkan empat sudu besar mayonis dan daun bawang yang diracik halus.
  3. Akhir sekali baru masukkan bawang karamel.
  4. Sapukan di atas roti.

Kredit resipi & foto : Suraya Yaacob

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x