fbpx

Sambut Raya Lagi Dengan Biskut Semperit Coklat. Cornflakes Dan Nestum Ditambah Untuk Lebih Sedap!

iCookAsia

Biskut Raya kebiasaanya dibuat sebelum bermulanya Hari Raya lagi. Tetapi, adakah anda tidak sempat untuk membuat satu Kuih Raya pun? Jangan risau. Admin pasti anda mendapat cuti yang panjang. Juga, alang-alang musim PKP dan perlu Stay At Home, jadi lebih masa kita di rumah. 

Marilah isi masa terluang anda untuk belajar membuat Biskut Raya. Boleh cuba resepi Biskut Semperit Coklat ini. Tidak sudah dan anda pasti menyukainya!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Biskut Semperit Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan marjerin planta 

1   3/4  cawan gula  halus

2 cawan tepung kastard

1 cawan tepung jagung

3/4  cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum 

1 sudu teh vanila

Coklat rice

2 cawan cornflakes (di blend)

1 cawan nestum (di blend)

Cara membuat:

  1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila.
  2. Masukkan tepung jagung, kastard dan tepung gandum.
  3. Masukkan cornflakes dan nestum yang dikisar halus.
  4. Uli hingga lembut supaya senang tekan dalam acuan. Jika adunan keras boleh tambah dengan marjerin yang dicairkan .Tekan semperit  dengan acuan.
  5. Bakar pada suhu 150c 15-20 minit. Hiaskan dengan coklat rice.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x