fbpx

Sambal Tumis Telur Hancur, Simple Habis Tapi Bertambah Nasi.

iCookAsia

Kadang kala apabila perut lapar, namun kita tak mahu makanan yang berat dan sarat. Malah masa memasak juga harus diambil kira. Tolak ketepi semua menu yang memerlukan penyediaan dan masa memasak yang memakan masa lebih 30 minit. Jadi jalan terbaik ialah menyediakan hidangan paling simple, namun kepuasannya berganda.

Sambal tumis telur hancur ini antara yang menjadi pilihan utama di kala perut lapar tetapi tiada mood untuk memasak. Tidak sampai 10 minit, hidangan paling menyelerakan terhidang depan mata. Hati senang, perut kenyang.

 

Bahan :

Telur

Cili kering

Bawang besar

Bawang putih

Belacan

Garam & Gula

 

Cara :

  1. Tumbuk cili kering bersama bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan sehingga lumat.
  2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Apabila sambal garing, pecahkan telur dan biarkan dalam dua minit supaya telur masak dan kacau sekadar bagi telur hancur. Jika suka, biarkan kuning telur kurang masak dan terus angkat masuk ke dalam pinggan.
  4. Siap untuk dimakan.

Kredit resipi & foto : Mamaamna Aisyaa

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x