fbpx

Sambal Cincai Ori Bandung, Sedap Makan Dengan Nasi Putih Dan Ikan Goreng.

iCookAsia

Resipi Sambal Cincai perkongsian Zuraidah Ismail ini diperoleh daripada pemandu van sewaktu berada di Bandung. Walaupun cukup mudah, namun rasanya sangat enak.

Sambal begini memang sedap kalau digandingkan dengan nasi putih dan ikan goreng garing.

 

Bahan :

Cili api merah / Cili merah

Bawang kecil

Tomato

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Rebus semua bahan sehingga layu. Toskan.
  2. Kemudian lenyek, kisar atau tumbuk.
  3. Untuk lebih sedap, masukkan ikan bilis garing dan tumbuk bersama.
  4. Tumis semula sambal yang telah ditumbuk sehingga naik minyak.
  5. Perasakan dengan gula dan garam. Sambal ini punya rasa masin dan manis.

Kredit resipi & foto : Zuraidah Ismail

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x