Hidangan ini sangat sesuai untuk sesiapa yang malas masak, atau nak dijadikan sebagai makanan sahur. Boleh buat banyak-banyak, jadi kan stok di rumah. Simpan dalam peti ais dan kalau nak makan panas-panas boleh panas kan atas api atau dalam microwave pun boleh. Senang kan?
Terima kasih Syara Fina untuk perkongsian resipi Sambal Berlada Ikan Bilis ini 🙂
Bahan-bahan:
300g+- ikan bilis
20 biji cili padi merah dan 6 batang cili merah besar (dikisar)
20 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit sos tiram
Asam keping
Cara membuat:
- Goreng garing ikan bilis.
- Tumis bawang kisar dan cili merah kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, garam, gula dan perasa. Kemudian, masukkan asam keping.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Gaul rata.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syara Fina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/