Kalau pergi restoran mamak, mesti akan order roti canai atau mee goreng mamak. Sedap dia memang tak terkata. Bukan itu sahaja tau, Mee Goreng ni memang senang sangat cara nak buatnya, dah lah sesuai nak buat sarapan, makan tengahari ataupun dinner. Kali ni, Admin share tips dan resipi nak bagi mee goreng lagi sedap.
Jom.
Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian tips dan resipi Mee Goreng Sedap ini 🙂
Tips (Nak Bagi Mee Goreng Sedap):
- Pertama sekali, guna sos yang mencukupi (Jangan kedekut bahan).
- Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Hasilnya, memang sangat sedap.
- Kemudian, letakkan bawang putih. Kena letak banyak tau dan tumbuk kasar.
- Masukkan sedikit cuka makan dan apabila goreng mee, dapat naikkan lagi aroma rasa mee tersebut.
 Bahan-bahan:
1 peket mee kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 sudu besar cili kering kisar
Lauk (mengikut cita rasa):
Ayam cincang
Udang
Daging
Telur
Sawi
Tomato
Sos dan perasa:
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula atau secukup rasa
1/2 sudu kecil ajinomoto (Optional)
1/2 cawan air
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
- Masukkan bawang holland dan cili kering yang telah dikisar.
- Masukkan lauk pauk dan tumis lagi.
- Kemudian, letakkan sedikit air dan semua sos di atas.
- Masukkan udang kemudian pun tak apa.
- Pecahkan telur dan masukkan mee.
- Akhir sekali, masukkan sayur dan kacau sebati. Dah boleh hidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Suhasnida Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos