Hidangan popular dari Filipina iatu Buko Pandan ini nampaknya semakin dikenali ramai pada tahu 2021. Antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai ini antara bahan asas nya iaitu Santan dan ia membuatkan hidangan bertambah lemak berkrim. Rugi betul kalau tak try.
Terima kasih Rara Zabidin untuk perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂
Bahan untuk kuah:
Susu sejat 1 tin
Susu pekat 1 tin
Santan kotak 1 kotak
Air kelapa muda 1 cawan *optional nak letak atau tak nak
Secubit garam halus
*Satukan semua ni, kacau rata.
Bahan Kering:
Agar-agar kering 1 paket
Pewarna hijau
Daun pandan 1 simpul
Gula 2 sudu besar.
*Masak agar-agar dengan bahan-bahan di atas. Sejukkan dan potong ikut suka.
Isi kelapa muda (dalam 3 biji kelapa muda)
Sagu (masak sagu sehingga jernih, sejukkan)
Jagung kernel 1 tin (optional sebagai hiasan je. jangan guna jagung krim tau)
Cumi/Nata de coco (optional)
Cara penyediaan: Satukan bahan kering dengan kuah. Simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk memang sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rara Zabidin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/