Jom cuba resepi roti sosej cheese ini, lengkap resepi ini. Boleh buat untuk sarapan atau minum petang juga.
Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Roti Sosej Cheese ini 🙂
Bahan-bahan:
250gm tepung roti (wajib untuk dapatkan roti yang lembut)*
35gm gula halus*
5gm yis (1 sdk)*
50gm mentega/butter*Â
90gm air sejuk peti ais*
1 biji telur*
Secubit garam *
1 paket sosej (direbus sekejap)
Mixed vege (rendam dlm air panas sekejap dan tos, campur dgn sedikit mayonis)
MayonisÂ
Sos ciliÂ
Cheese parmesan/mozzarellaÂ
Cara memasak:
- Masukkan semua bahan bertanda *ke dalam bread maker / mixer kecuali mentega. Mix kan.
- Bila sudah sebati, masukkan mentega.
- Uli lagi hingga doh jd elastik dan lembut.
- Perap sekejap dalam 30 minit.
- Timbang setiap doh 40gm, bentukkan bulat dan canai memanjang.
- Masukkan dalam paper cup untuk roti.
- Bila doh sudah naik sedikit, letakkan sosej.
- Biarkan roti naik kembang 2x ganda. Bila dah kembang letakkan mix vege.
- Pipekan sos cili dan mayonis, taburkan cheese.
- Sedia utk dibakar suhu 180 selama 20-25 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos