fbpx

Roti Kopi Mini Yang Cukup Mudah Disediakan. Uli Pakai Tangan Aje. Semerbak Wangi Satu Rumah.

iCookAsia

Roti Kopi Mini ini cukup mudah disediakan dan hanya perlu diuli menggunakan tangan sahaja, tidak perlu breadmaker atau mixer.

Terima kasih Norazirah Rara atas perkongsian resipi. Jelas Rara, resipi ini dikongsikan atas nama kedua ibu bapanya dan didoakan agar mereka sekeluarga diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan dan kekuatan dalam hadapi kehidupan seharian.

 

Bahan :

145 gm Tepung gandum

60 ml Air suam

5 gm Yis

3 sb Gula pasir

1/2 sk Garam

1 biji Telur gred C/D

20 gm Butter/marjerin

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan kecuali butter dan uli sebati selama 5 minit.
  2. Kemudian baru masukkan butter dan uli lagi sehingga lembut dan elastik selama 30 minit. Rehatkan doh seketika.
  3. Selepas doh direhatkan, bentukkan bulat dan masukkan butter yang dipotong dadu (butter yang masih keras) dan bulatkan kembali.
  4. Rehatkan doh selama 30 hingga 40 minit dan baru pipingkan topping kopi yang disimpan dalam peti ais tadi.
  5. Bakar adunan pada suhu 175c selama 25 minit.

Bahan Topping kopi :

40 gm Butter

25 gm Gula aising

I biji Telur

1 paket Nescafe instant

30 gm Tepung jagung

 

Cara :

  1. Pukul butter bersama gula ising sehingga gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan nescafe instant dan tepung jagung. Gaul rata dan masukkan ke dalam piping bag. Rehatkan dalam peti ais.

Info tambahan :

  1. Boleh gandakan resipi jika buat dalam kuantiti yang banyak. Namun bagi yang ingin mencuba, digalakkan membuat dalam kuantiti yang dikongsikan. Boleh juga menggunakan breadmaker atau mesin uli.

Kredit resipi & foto :  Norazirah Rara

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x