Roti Keramat atau Kayu Keramat ini merupakan kuih yang terkenal di pantai timur terutamanya di Terengganu. Rupa kuih ini lebih kurang seperti Cakoi, tetapi Roti Keramat ini lebih tebal, padat dan berat sedikit. Tak ramai yang tahu kuih ini. Jadi, buat anda yang tidak pernah jumpa dan makan kuih ini, jom la cuba buat. Sambil-sambil itu kita dapat mengenali lebih lagi kuih-kuih tradisional di negara Malaysia ini.
Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Roti/ Kayu Keramat ini 🙂
Bahan-bahan:Â
4 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonatÂ
1 camca teh yis mauripan
6 sudu makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam
Cara membuat:
- Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika.
- Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
- Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
- Kemudian masukkan air yis dan air gula yang dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
- Tumbuk-tumbuk doh dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.Â
- Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan.Hidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/