fbpx

Roti John pilihan menu yang wajib pada Bulan Ramadan

iCookAsia
Pada Bulan Ramadan yang mulia ini, roti john pastinya menjadi pilihan wajib untuk berbuka puasa. Mari cuba buat sendiri roti ini 🤤 Nikmati hidangan bersama keluarga tercinta 😘
Bahan-bahan:
  • 8 keping Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • 50 gram KEWPIE Chili Mayo
  • 300 gram daging atau ayam kisar
  • 2 biji bawang merah (potong dadu)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 5 biji telur
  • 20 gram Mentega
  • 100 gram KEWPIE Creamy Spices Dressing
  • 100 gram KEWPIE Cheesy Cheese Sandwich Spread
  • 1 biji timun dihiris
  • 200 gram kubis dihiris

Cara menyediakan;
1. Tumiskan bawang merah, cili dan isi ayam sehingga masak. Kemudian masukkan KEWPIE Chili Mayo gaul sebati. 2. Satukan telur, dan isi ayam yang telah dimasak tadi .
3. Sapu roti dengan mentega. Ketepikan.
4. Sapu kuali dengan sedikit mentega, masukkan bancuhan telur tadi dan biarkan masak.
5. Tekapkan roti tersebut diatas telur tadi.Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
6. Bila dah masak, angkat dan letak timun, kobis, KEWPIE Creamy Spices Dressing dan KEWPIE Cheesy Cheese Sandwich Spread.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x