Nak pergi Terengganu tak boleh sebab musim sekarang. Tak dapat lah nak merasa keenakan makanan popular di sana terutama sekali Ikan Celup Tepung. Jangan risau, resepi kali ni boleh buat hilang rindu bagi sesiapa yang tak dapat berkunjung ke Terengganu. Makan dengan sos thai ni memang nikmat betul ni.
Jom Admin share.
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Ikan Celup Tepung ini 🙂
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
1 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 setengah cawan air sejuk
1/2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil air kapur
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan 2 cawan tepung beras, telur, garam dan serbuk kunyit.
- Seterusnya, masukkan setengah sudu kecil cuka dan 1 sudu kecil air kapur.
- Masukkan 1 setengah cawan air sejuk ke dalam bekas yang sama.
- Kemudian, mix kan ke semua bahan-bahan tadi
- Celupkan ikan ke dalam adunan bahan-bahan tadi dan pastikan ia sebati untuk memastikan betul-betul menyerap ke seluruh ikan.
- Kemudian, goreng ikan tersebut.
- Angkat dan toskan ikan tersebut terlebih dahulu.
Anda semua boleh makan dengan sos thai tau. Sangat sedap. Nak makan dengan sos cili atau tomato pun boleh.
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos