fbpx

Resipi Spaghetti Aglio Olio Bersama Parmesan. Menu Paling Senang Untuk Tetamu.

iCookAsia

Selalunya jika tetamu berkunjung ke rumah, kepala ligat memikirkan apa hidangan paling sesuai untuk dijamu kan? Tak perlu pening kepala dan tidak perlu gunakan banyak tenaga, hanya sediakan Spaghetti Aglio Olio dan taburkan dengan parmesan cheese. Terliur rasanya.

Terima kasih Adilah Jaafar atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 ulas Bawang Holland – potong dadu

6 ulas Bawang putih – potong dadu

1 tin Cendawan Butang – hiris nipis

Capsicum hijau dan merah – potong dadu

Udang – dibuang kulit

2 sb Mix herbs

3 sb Chili Flakes

1 ketul Kiub ayam – pilihan

2 sb Serbuk Black Pepper

500 gm Spaghetti

Garam

Olive oil

Parmesan Cheese

 

Cara :

  1. Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga layu.
  3. Kemudian masukkan udang dan goreng sebentar.
  4. Masukkan mix herbs, chili flakes, serbuk black pepper dan kiub ayam. Gaul sehingga rata.
  5. Masukkan pula cendawan dan capsicum.
  6. Perasakan dengan garam secukupnya.
  7. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan kacau sebati.
  8. Akhir sekali taburkan sedikit chili flakes dan parmesan cheese

Kredit resipi & foto : Adilah Jaafar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x