fbpx

Resipi Soto Ayam: Mudah Dibuat, Sesuai untuk pelbagai Perayaan!

iCookAsia

Kalau time Open House atau masa jamuan hari lahir nanti korang hidangkan Soto, confirm jadi buah mulut orang sampai bila-bila 😆
Tak reti buat takpe, senang sangat sebenarnya.  Yang penting, kena guna Ketupat Mini SAJI, baru jadi!

Bahan-bahan:
1 bungkus Ketupat Mini Saji
1 ekor ayam (dipotong 4)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
2 bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 kayu manis
2 biji pelaga
1 cawan Santan Kelapa SAJI
1 sudu teh Garam Gunung Himalaya SAJI

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai (diketuk)
Bahan-bahan Lain:
500 gram taugeh (bersihkan dan potong bahagian akar)
Bawang goreng
Suhun (goreng hingga garing)
Isi ayam goreng dari sup (dicarik halus)
Daun sup (dihiris halus)
Daun bawang (dihiris halus)
Cili merah (dihiris nipis)
Kacang tanah (digoreng dalam minyak)
Begedil

Bahan-bahan Kicap Bercili:
1 mangkuk kecil Kicap Lemak Manis SAJI
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi

Cara membuat:
1. Rebus Ketupat Mini Saji hingga masak. Sejukkan dan potong dadu besar.
2. Tumis bahan rempah, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan
masak sehingga mendidih.
3. Masukkan serai dan lada putih. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam masak.
Kemudian, masukkan Santan Kelapa SAJI dan Garam Gunung Himalaya SAJI.

Untuk dapatkan produk SAJI secara online: https://shope.ee/8Ulbq3EpTl
#ProdukKeluaranFGV
#SAJIdiHati
#SajikanKemesraan

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x