Pastinya semua sukakan kudapan petang kan? Apa kata cuba resipi Samosa bersama inti kentang yang dikongsikan Sabariah Nor Mohd Yusof. Caranya cukup mudah dan selepas dibuat, bolehlah difrozenkan. Jadi bila teringin nak makan, terus digoreng.
Selain dibuat hidangan keluarga, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Untuk resipi yang dikongsikan ini, lima biji kentang dan suku lobak merah boleh menghasilkan lebih kurang 20 hingga 25 biji Samosa, bergantung kepada kuantiti inti yang disumbat.
Bahan :
5 biji Ubi kentang – potong dadu
Suku Lobak merah – potong dadu
1 biji Bawang besar – potong dadu
Lada hitam – tumbuk lumat
Daun bawang – hiris
1 1/2 sb Gula
1 sb Garam
Perasa
Cara :
- Potong dadu ubi kentang dan lobak merah tadi. Lobak merah digunakan untuk memberi warna yang lebih cantik kepada inti. Selepas itu rebus sehingga empuk supaya dapat mengurangkan waktu semasa memasak.
- Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga layu. Kemudian masukkan ubi kentang dan lobak merah yang direbus tadi.
- Masukkan semua bahan dan gaul sebati. Perasakan dengan gula, garam dan perasa.
- Biarkan inti sejuk.
- Sediakan 2 sudu besar tepung gandum yang dicampur sedikit air. Jangan terlalu pekat.
- Disyorkan guna kulit popia jenama seperti dalam gambar. Kulitnya lembut dan mudah ditarik.
- Ambil kulit popia dan potong dua sama saiz.
- Letakkan gam di bahagian hujung.
- Masukkan inti satu sudu besar.
- Kemudian lipat segitiga.
- Letakkan gam lagi di bahagian hujung.
- Gam juga di bahagian yang terbuka supaya lebih kemas.
- Sedia untuk digoreng.
Kredit resipi & foto : Sabariah Nor Mohd Yusof
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/