Roti antara barangan keperluan yang wajib ada di setiap rumah. Dengan keadaan wabak Covid-19 yang masih belum reda, apa kata kurangkan aktiviti keluar rumah dan gunakan masa terluang dengan aktiviti memasak.
Terima kasih Norhazalin Rasib atas perkongsian resipi.
Bahan :
1 paket Yis kering 11gm
1 sb Gula
1 mug Air suam
*campurkan semua dan tunggu sehingga yis berbuih
4 mug Tepung gndum
4 sb Gula
2 sb Majerin
2 sb Susu pekat manis
2 sk Baking powder
1 sk Garam
1 biji Telur
Cara :
- Campurkan semua bahan kecuali yis dan gaul rata. Kemudian baru masukkan yis yang sudah berbuih.
- Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Jika terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung. Doh mestilah lembut untuk mendapatkan hasil roti yang lembut.
- Apabila doh sudah tidak melekat pada tangan, perap doh selama satu jam sehingga doh naik dua kali ganda.
- Bila doh sudah naik, buang angin dalam doh dengan tumbuk doh.
- Kemudian boleh bentukkan doh mengikut bentuk roti yang ingin dibuat. Boleh letakkan inti yang disukai. Selepas itu perap doh sekali lagi sehingga doh naik semula.
- Sebelum dibakar, sapu doh dengan kuning telur atau marjerin dan taburkan gula.
- Bakar pada suhu 160c selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Jika mahu lebih brown, tambahkan masa.
- Selepas keluarkan daripada oven, terus sapukan roti dengan marjerin supaya roti lebih berkilat dan kekal lembut.
Kredit resipi & foto : Norhazalin Rasib
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/