fbpx

Resipi Roti John Tuna – Menu Sihat Untuk Kudapan

iCookAsia

Roti John antara hidangan popular yang wajib dibeli jika berkunjung ke pasar malam dan semestinya sewaktu bulan Ramadan.

Memetik laporan Berita Harian, roti John dikenali kerana roti panjang itu berasal dari Barat dan sos tomato yang digunakan di dalamnya. Dalam versi Malaysia, roti John dikenali kerana peniaganya yang berasal dari Tanjung Kling mengkomersilkan resipi rotinya sekitar tahun 1976 dan ditokok tambah sandwic telur, berintikan sardin dan lain-lain.

 

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan A:

4 biji Telur

2 sudu besar Mayonis

100 g Isi ikan tuna dalam tin

2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

30 g Bawang besar, dipotong dadu

1 batang Daun bawang, dipotong dadu

1 batang Cili merah, dicincang

 

Bahan-bahan B:

Sedikit Mentega

3 biji Bun roti john

Sedikit Cili sos

Sedikit Mayonis

Sedikit AJI-SHIO® Lada Berperisa

½ biji Timun, dihiris

150 g Kubis, dihiris

1 biji Tomato, dihiris

 

Cara menyediakan:

1. Pukul telur bersama mayonis sehingga kembang.

2. Masukkan kesemua bahan-bahan (A). Gaul sebati.

3. Cairkan mentega di dalam kuali, tuangkan sedikit bancuhan telur.

4. Letakkan roti pada bancuhan telur dan biarkan ia masak. Terbalikkan dan biarkan roti menggaring. Keluarkan dari kuali.

5. Letakkan sos cili dan mayonis, tambahkan AJI-SHIO® Lada Berperisa.

6. Susun sedikit timun, kubis dan tomato.

7. Tutupkan roti, potong dan sedia untuk dihidang.


________________________________________

Beli barang dapur online dengan mudah!:

1. Tempered Glass Stove: http://bit.ly/377ZF5f

2. Cookware Easy Strain : http://bit.ly/2Hq2l3S

3. Digital Turbo Air Fryer : http://bit.ly/36gcxX2

4. Glass Top Gas Stove : http://bit.ly/377ZF5f

5. Food Steamer : http://bit.ly/2uc6STQ

_____________________________________

Follow kami:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/

Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Google : https://plus.google.com/+TryMasak/

Twitter: https://twitter.com/icookasia

for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x