Setiap kali nampak orang jual pau, mesti rasa nak beli kan. Mana tidaknya, dengan inti yang sedap dan padat, tak cukup makan satu je. Tapi kalau anda semua buat sendiri pun best juga tau. Dapat makan banyak dan boleh letak inti sesuka hati.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nurain Ain perkongsian resipi Pau Kukus ini 🙂
Bahan-bahan:
Setengah kilo tepung pau
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil pemutih pau (bakery ada jual)
1/4 cawan minyak masak
1 paket yis
280 g air
Inti kacang merah (Boleh beli di bakery)
Cara membuat:
- Mula-mula, larut yis dengan air sampai berbuih, kalau tak berbuih yis rosak.
- Gaul bahan-bahan lain hingga sebati.
- Kemudian, masukkan air yis tadi dan uli sampai tidak melekat pada tangan.
- Kalau uli lama sikit lagi lembut. Biar naik kembang sekejap dan bulat-bulat doh serta timbang 40 g.
- Seterusnya, letak inti dan lapik bawah pau dengan baking paper.
- Akhir sekali, biar naik sikit dan kukus selama 7 minit dengan api sederhana. Kukus lama pau kedut dan jadi tak cantik.
Nota tambahan:
- Tepung nak lagi halus, ayak.
- Didihkan air sebelum mengukus dan jangan lupa, balut penutup kukus dengan kain.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurain Ain(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity