Masakan paprik memang sedap kan, sesuai digandingkan bersama ayam, daging, sotong ataupun udang. Gabungan rasa pedas, masam dan manisnya cukup membuka selera.
Bahan :
Ayam – potong kecil
Kobis bunga – hiris
Lobak merah – hiris
1 ulas Bawang merah – hiris
4 biji Cili api – hiris
1 ulas Bawang holland – potong 8
1 sb Cili kering
Daun limau purut
Sos tiram
Kicap
1/2 sb Tepung jagung
Perasa
Garam
Cara :
- Tumis ayam dan letakkan sedikit air. Masak sehingga ayam sedikit kecut dan ketepikan bersama air rebusan tadi.
- Tumis cili kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api. Gaul rata.
- Masukkan ayam bersama air rebusan tadi. Letakkan sedikit kicap, sos tiram, garam dan perasa.
- Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah.
- Kemudian masukkan sayur dan bawang holland. Tutup sebentar.
- Siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto : Zura Dzn
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/