Pernah makan Nasi Jagung? Boleh lah cuba buat nanti. Dimakan pula dengan Ayam Masak Merah dan Jelatah. Rasa macam makan masakan kenduri hehe. Nak buat untuk makan tengahari pun sesuai. Yang penting, sedap dan mengenyangkan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Izanizawati Ismail perkongsian resipi Nasi Jagung ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Nasi Jagung):
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1 sudu kecil garam
Bahan B (Untuk Tumisan):
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
Bahan C (Untuk Dikisar):
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara membuat:
- Mula-mula, basuh bersih beras, toskan air dan ketepikan.
- Tumis bahan tumisan hingga wangi dan masukkan bahan kisar. Masak hingga wangi dan kering.
- Masukkan susu cair, air secukupnya dan garam. Masukkan juga beras serta jagung. Sukat air guna jari.
- Kemudian, pindahkan periuk dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
- Apabila nasi sudah kering masukkan hirisan daun sup dan kacau-kacau menggunakan garfu.
Bahan D (Ayam Masak Merah):
6 ketul ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
Secukup rasa garam, gula dan perasa
Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering (direbus)
Cara membuat (Ayam Masak Merah):
- Pertama sekali, lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat dan toskan minyak.
- Kemudian, guna minyak gorengan ayam, buang sikit jika banyak. Tumis bahan kisar. Masukkan serai, asam keping dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan gula dan biarkan gula caramelised baru dikacau untuk meghasilkan warna kuah yang menarik.
- Masukkan santan, air, garam dan perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam dan masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit.
Bahan (Jelatah):
1/2 batang timun
1/2 batang carrot
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
4 sudu besar cuka
Cara membuat:
- Satukan kesemua bahan dan sayuran yang telah dipotong memanjang. Kacau sebati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Izanizawati Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity