Segalanya lengkap dalam satu hidangan. Cepat, mudah dan pantas. Tak perlu berlengas di dapur mengupas dan menghiris bawang. Jadi secara tidak langsung, tempoh memasak pun dapat dipendekkan, jimat masa kan?
Dan sedikit tips untuk memasak nasi goreng yang sekata, gunakan nasi semalam yang telah disimpan di dalam peti ais. Ataupun, masak nasi dengan kuantiti air yang kurang daripada biasa. Nasi goreng akan lebih sekata dan cantik kejadiannya.
Cadangan hidangan: 4-5 hidangan
Bahan-bahan:
4 sudu besar Minyak masak
30 g Ikan bilis
200 g Isi ayam, dipotong kecil
100 g Sayur kangkung, dipotong 3cm
2 biji Telur
4 cawan / 550 g Nasi putih
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga keemasan. Diketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.
4. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
5. Taburkan ikan bilis.
6. Gorengkan hingga sekata. Hidangkan ketika panas.
_____________________________________
Beli barang dapur online dengan mudah!:
1. Cookware Essential : http://bit.ly/2LbJVVL
2. Rice Cooker : http://bit.ly/2PcN3FT
3. Pressure Cooker : http://bit.ly/2QFZNTa
4. Electric Oven : http://bit.ly/2ZXEiS5
5. Induction Cooker : http://bit.ly/2QlRgG0
Want to be featured in our video? email us at partner@icookasia.my
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: https://icookasia.my for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google : https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my