fbpx

Resipi Mee Bandung, Makin Berselera Makan Hidangan Ini

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Mee Bandung kan? Lagi sedap bila terdapat pelbagai isi yang menjadikan hidangan ini sangat menarik dan sedap tau untuk dimakan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Siti Zaleha Mohd Mujer perkongsian resipi Mee Bandung ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Kisar Halus):

20 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 pack udang kering

1/2 inci halia

Bahan B:

500 gm daging rebus (ambil airnya)

15-20 ekor udang

1 biji carrot

1 biji Tomato

2 pokok sawi pak choy

5 biji telur

1 kg mee kuning cuci dan celur

1 cawan kacang tanah, goreng dan blend kering

4 sudu besar tepung jagung bancuh air untuk pekatkan kuah

Daun sup

Bawang goreng

Garam

Gula

Perisa atau 1 kiub ayam

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram dan letak air daging serta tambah air. Ikut banyak mana nak kuah.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan kiub ayam, garam, gula, daging, udang dan carrot. Rasa ini mengikut selera sendiri.
  4. Kemudian, apabila mendidih lagi sekali, masukkan sawi, tomato dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau, nanti telur hancur.
  5. Masukkan kacang tanah dan air tepung jagung.
  6. Akhir sekali, masukkan mee dalam mangkuk, curah kuah dan tabur daun sup dan bawang goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Zaleha Mohd Mujer(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x