fbpx

Resipi Maggi Kaw Kaw. Ini Dia Cara Yang Lebih Menyelerakan.

iCookAsia

Ini bukan Maggi 2 minit siap. Maggi ni mungkin nampak lama dimasak, tapi hasilnya memang confirm sedap. Lagi-lagi bila dimakan tengah malam waktu semua orang tidur. Jom cuba! 

Terima kasih Norliana Manap untuk perkongsian resipi Maggi Kari Kaw ini 🙂

Bahan-bahan:

Maggi kari

Telur 

Bawang besar

Bawang putih 

Cili padi

Daun kari 

Rempah kari Ayam/ Daging 

Cara memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari.
  2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing.
  3. Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula.
  4. Tambah air, tak perlu banyak sangat. Masukkan telur, jangan kacau, biar je dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang slow. Bila dah dapat tekstur telur yang diingi, boleh angkat telur dan ketepikan.
  5. Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sotong dan cili padi.
  6. Kacau dan hidangkan dengan telur goyang tadi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norliana Manap (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x