fbpx

Resipi Kuih Lompat Tikam, Memang Terasa Lemak Dan Wangi Pandan. Sedap Tau!

iCookAsia

Kalau di bazar Ramadhan, mesti selalu jumpa Kuih Lompat Tikam. Mesti akan selalu beli sebab rasa nya yang sedap dan lemak nya membuatkan kuih ini terasa kelezatannya. Kalau buat sendiri, lagi mudah tau. Dapat makan banyak pula tu.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Khairul Hasrol perkongsian resipi Kuih Lompat Tikam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Lapisan Bawah Hijau):

1 cawan tepung beras

4 helai daun pandan + 4 cawan air (kisar dan tapis airnya)

1/3 cawan air kapur

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan semua bahan.
  2. Masak sehingga pekat dan berkilat di atas api yang kecil, kacau selalu dalam masa lebih kurang 30 minit.
  3. Tuang di dalam bekas dan sejukkan.

Bahan B (Lapisan atas putih):

1/2 cawan tepung beras

1 kotak kecil santan kara

4 cawan air (kemudian bancuh bersama santan)

Garam secukupnya

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Masak sehingga pekat dan berkilat di atas api yang kecil, kacau selalu dalam masa lebih kurang 30 minit.
  3. Tuang di atas lapisan hijau tadi dan sejukkan.

Bahan C:

Gula melaka

Gula melaka secukupnya

2 helai daun pandan

Gula pasir (ikut citarasa)

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Masak sehingga semua gula larut, sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khairul Hasrol(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x