Resipi hasil perkongsian Norzy Yusuff ini diakui sendiri tuan badan antara resipi kek coklat paling sedap dan gebu yang pernah dibuat.
Bahan A :
1 cwn Minyak masak
1 cwn Serbuk koko
1 cwn Susu cair
1 cwn Gula pasir
1/2 cwn Susu Pekat
Bahan B :
3 biji Telur
1 sk Esen Vanilla
Bahan C – ayak :
1 cwn Tepung gandum
1 sk Soda bikabornat
1 sk Baking powder
Cara :
- Masukkan semua bahan A di dalam periuk dan masak menggunakan api kecil.
- Sementara itu, kisar bahan B sehingga kembang dan putih.
- Selepas itu, campurkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul sebati. Selepas bahan C diayak, masukkan ke dalam campuran tadi. Gaul sebati.
- Panaskan pengukus dan kukus adunan selama 30 hingga 40 minit. Pastikan tudung periuk ditutup dengan kain supaya air tidak menitik atas adunan.
Topping Meleleh :
Coklat coin
Sedikit marjerin/butter
2 sb Susu pekat
Cara :
- Masak semua bahan di atas dapur menggunakan api kecil.
- Selepas kek masak, tuangkan adunan ganache ke atas kek.
Kredit resipi & foto : Norzy Yusuff
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/