Kalau ada Donut Gebu yang pun sedap juga untuk makan petang kan? Apa kata anda semua cuba resepi yang Admin nak kongsikan ini. Mudah dan cepat tau. Memang puas hati betul makan ini, buat banyak lagi best.
Jom kita try.
Terima kasih untuk perkongsian Ain Kamarudin resipi Donut Gebu ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Pelembut Doh):
2 sudu tepung gandum
1 cawan air
Cara membuat:
- Mula-mula, kacau sebati.
- Masak atas api sederhana sampai pekat.
Bahan B:
Setengah paket yis (11 g dibahagi dua, boleh agak sahaja)
Setengah sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
Setengah sudu besar marjerin
Setengah cawan air suam
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan kesemua bahan.
- Gaulkan sebati.
- Tutup dan tunggu sehingga kembang selama 10 minit.
Bahan C:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Cara membuat:
- Masukkan kesemua bahan di atas.
- Kemudian, masukkan pula 1 sudu besar pelembut doh.
- Masukkan pula 1 biji telur gred C dan masukkan campuran yis. Gaulkan sebati.
- Pastikan adunan tidak melekat pada tangan. Uli dalam 10 minit. Tutup dan tunggu sehingga kembang.
- Selepas 45 minit, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bentukkan dan bulat-bulatkan adunan.
- Akhir sekali, sedia untuk digoreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ain Kamarudin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity