Resipi Donut hasil perkongsian Mar Che ini cukup mudah dan menggunakan bahan yang cukup ringkas namun confirm menjadi.
Bahan :
1/2 kg Tepung gandum
1/2 paket Yis (yang 11 gm)
1 sb Ovallette (jika Ovallette tiada, gandakan kuning telur)
1 biji Kuning telur
1 sb Gula
1 sb Planta (jika tiada, guna minyak)
Secubit garam
Cara :
- Larutkan satu cawan air suam bersama yis dan gula. Biarkan seketika.
- Selepas itu, dalam bekas lain, gaul tepung gandum, planta, telur, garam dan ovalette sehingga sebati.
- Tuangkan larutan yis pada adunan tadi dan uli sehingga doh tidak melekat pada jari. Jika doh msih keras, tuangkan sedikit air.
- Doh tidak perlu diperap, terus canai untuk membentuk donut.
- Jika tiada acuan boleh tekap menggunakan mulut cawan, dan lubangkan bahagian tengah dengan penutup botol.
- Taburkan tepung pada talam supaya doh tidak melekat apabila sudah kembang nanti.
- Selepas siap dicanai, biarkan kembang dalam 10 hingga 15 minit.
- Sedia untuk digoreng.
- Untuk adunan ini, boleh dapatkan 30 biji donut comel. Dan boleh juga buatkan pau diletakkan inti kacang merah.
Kredit resipi & foto : Mar Che
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/