Pelbagai resipi Akok telah dikongsikan dan resipi dari Noraini Muhamad ini agak berbeza kerana adunan perlu dimasak terlebih dahulu sehingga mendidih dan ditapis, kemudian barulah dibakar.
Resipi ini dibakar mengunakan Cupcake Trio.
Bahan :
3 keping Nissan keret/ Gula melaka*
2 sb Gula pasir*
1 cawan Air*
2 helai Daun pandan*
Secubit garam*
5 biji Telur gred B
1 cawan Santan pekat
1/2 cawan Tepung gandum
Cara :
- Masak semua bahan bertanda * sehingga cair dan mendidih. Sejukkan dan tapis.
- Campurkan semua bahan bersama dan kisar. Tapis lagi sekali.
- Resipi ini dibakar menggunakan Cupcake Trio.
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Kredit resipi & foto : Noraini Muhammad