Selalu kita beli je waffle dekat kedai kan, nak buat sendiri pun boleh je sebenarnya. Senang je kacau dan masak je, nak makan bila-bila pun boleh. Tak perlu pergi kedai pun. Jom tengok resepi ni
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
3 sudu kecil gula
Sedikit garam
CARA-CARA
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
- Sapukan planta atau minyak di permukaan waffle maker, dan masak.
- Dah siap, boleh sapukan perisa mengikut kegemaran.
Boleh lah cuba utk keluarga. Mudah nak sediakan. 😍
Kredit resepi dan foto: Nik Fatma Amirah
Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/