fbpx

Resepi Viral Yang Mudah Dan Sedap, Kari Ayam Bangladesh. Mesti Cuba!

iCookAsia

Ramai suka makan lauk Kari Ayam dek kerana rasa dan kepekatan kuahnya. Tapi kali ini, anda mesti cuba resepi yang sedang viral iaitu Kari Ayam Bangladesh. Nampak simple, tapi sekali makan mesti bertambah.

Jom try.

Terima kasih Rozzieta Abd Rahim untuk perkongsian resipi Kari Ayam Bangladesh ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A (Kisar Kasar):

3/4 ulas Bawang putih

2 biji Bawang besar

1 inci Halia

10 ulas Cili api (Mengikut kepedasan masing-masing)

Jintan manis atau putih

Bahan B:

1 ekor ayam

2 biji bawang besar hiris 

2/3 biji kentang

4 sudu rempah kari daging

1 sudu Kunyit serbuk

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua sekali dalam kuali atau periuk. 
  2. Gaul rata dan masukkan sedikit minyak serta air. 
  3. Kemudian, masak sehingga kentang empuk dan pecah minyak. 
  4. Perasakan dengan garam, gula dan asam keping. 
  5. Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Masak hingga bendi lembut. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozzieta Abd Rahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x