Siapa yang belum cuba resipi viral Cream Cheese Garlic Bread ni? Haa.. sebenarnya sangat mudah untuk dibuat. Lebih-lebih lagi kalau anda ada air fryer di rumah. 5 minit Je, dah siap. Mudahkan? Jom cuba!
Terima kasih Maria Maria untuk perkongsian resipi Roti Garlic Cheese ini 🙂
(Bahan A)
250 g cream cheese
125 ml whipping cream
2 sudu besar susu pekat
Cara membuat:
- Campurkan semua bahan dan pukul hingga kembang.
- Guna piping bag untuk selitkan bahan A pada roti (belah 4 atau 6)Â
(Bahan B)
250 g mentega buttercup
Bawang putih
Daun parsley
Telur sebiji
Keju parmesan
Cara membuat:
- Mentega dicairkan atas api dan masukkan bawang putih yang sudah di potong halus.
- Dah wangi, masukkan daun parsley dan boleh tutup api.
- Biarkan sejuk seketika dan masukkan telur. Gaul sebati dan akhir sekali, masukkan keju parmesan.
- Tuangkan adunan bahan B di atas roti tadi dan boleh masuk ke dalam air fryer dengan suhu 180°c selamat 5 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Maria Maria (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/Â