fbpx

Resepi Viral Milo Mochi, Ringkas Dan Sedap!

iCookAsia

Sepanjang PKP ni, macam-macam idea masakan yang rakyat Malaysia keluarkan. Menarik kan? Tapi pernah terfikir tak nak buat kuih mochi yang berasal dari Jepun ni? Apa lagi, jom kita jadikan ianya “Milo Mochi”. 

Terima kasih Audrey Saurus untuk perkongsian resipi “Milo Mochi” ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1/3 cawan whipping cream

1 sudu kecil gula

1 sudu besar milo

Bahan B:

60 g tepung pulut

30 g gula

100 ml air mineral

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan A di atas dan kacau sehingga menampakkan tekstur yang pekat. Seterusnya, gunakan sudu untuk bentukkan adunan tadi kepada saiz bebola dan masukkan ianya ke dalam peti
  2. Gaulkan bahan-bahan B di atas dan masukkan ke dalam microwave selama satu minit. Keluarkan adunan tersebut dan gaulkan ia. Masukkan sekali lagi ke dalam microwave selama 1 minit dan gaulkan ia
  3. Kemudian, masukkan ke dalam microwave selama 30 saat dan ulang langkah yang sama selama 30 saat buat kali terakhir
  4. Gaulkan adunan tadi dengan sedikit tepung jagung kemudian potongkan ianya kepada saiz mochi yang dikehendaki
  5. Ambil semula campuran bahan A yang dimasukkan ke dalam peti sebentar tadi dan balutkan campuran tepung pulut tadi sebagai inti mochi tersebut.
  6. Selepas selesai bentukkan mochi tersebut, salutkan dengan serbuk milo

Jangan risau, jika tiada microwave di rumah, anda juga boleh gunakan pengukus dan kukus selama 15 minit!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Audrey Saurus (TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x