fbpx

Resepi VIRAL, Kek Belimbing Buluh. Jangan Risau, Rasanya Tidak Lah Masam.

iCookAsia

Baru-baru telah Viral resepi Kek Belimbing Buluh ini. Seperti mana yang kita ketahui, Belimbing buluh ini digunakan dalam membuat Sambal Hitam. Dan tidak pernah la pula orang jadikan antara bahan dalam Kek. 

Belimbing Buluh ini memang rasanya masam manis sedikit. Tetapi tidak bermakna kek ini rasanya masam. Tidak, jangan risau. Kalau anda ikut betul-betul resipi dibawah ini, kek tidaklah rasa masam dan confirm anda suka punya. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kek Belimbing Buluh ini 🙂

Bahan-bahan:

12 biji belimbing buluh

1 cawan gula

1 cawan minyak

4 biji telur

½ sudu kecil garam

2 cawan tepung gandum*

1 sudu kecil baking powder*

½ sudu kecil soda bikarbonat*

Cara membuat:

  1. Masuk semua bahan ke dalam blender kecuali bahan bertanda (*). Blend selama 3-5 minit.
  2. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam bekas lain.
  3. Tuang bahan blend tadi. Kacau sebati menggunakan whisk.
  4. Sapu loyang dengan sikit marjerin dan tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 45-50 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

*Kek ni memang tidak masam, jangan risau.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x