Resepi Udang Masak Daun Kari tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat kita. Namun, jika dimasak sebenarnya memang sedap dan tak perlukan lauk lain.Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi panas. Rasanya memang memikat selera. Terima kasih kepada saudari Siti Fatimah atas perkongsian resepi.
BAHAN-BAHAN
½ kilo udang besar
2 batang serai
4 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar cili kering
1 biji tomato
1 ketul pati ayam
Sedikit sos cili
Sedikit kicap manis
Sedikit air asam jawa
Sedikit santan
Sedikit garam dan gula
8 biji cili padi
½ biji bawang besar
Segenggam daun kari
Sedikit daun bawang
CARA-CARA
- Tumbuk bawang kecik dan bawang putih, ketuk serai, dan blend tomato.
- Goreng udang dan ketepikan.
- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama serai sehingga kekuningan. Masukkan udang yang sudah digoreng.
- Masukkan sos cili, kicap manis, santan, air asam, cili kering dan tomato. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan garam, gula dan pati ayam. Tunggu sehingga kuah betul-betul pekat, masukkan cili padi, bawang besar, daun kari, dan daun bawang. Siap.
Enak dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!
Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.my/