Ada yang tidak pernah dengar hidangan Udang Harlok ni? Hidangan ini lebih difahami dengan Udang Cili Bertelur. Ianya masakan tradisi masyarakat Cina Kantonis. Ha.. jarang didengari kan? Apatah lagi rasanya pun tidak tahu. Jadi, jom kita try buat!
Terima kasih Nohani Derahman untuk perkongsian resipi Udang Harlok ini 🙂
Bahan-bahan:
1kg udang hidup
10 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
7 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (cincang halus)
7 biji cili api (dicincang halus)
7 biji cili merah (dikisar)
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
2 biji telur
2 pokok daun kucai
Minyak
*garam, gula, ajinomoto ikut keperluan masing-masing
Cara memasak:
- Goreng udang hingga layu. Kemudian angkat.
- Tumis kedua bawang dan halia hingga kekuningan dan sedikit garing.
- Masukkan cili api dan cili kisar tadi. Kacau dan masukkan sos cili, tomato dan sos tiram. Kacau sekejap dan masukkan garam, gula dan ajinomoto (jika suka).
- Apabila sudah sebati, masukkan udang dan daun kucai.
- Kacau dan balik-balikkan. Tutup api dan pecahkan telur. Kacau laju-laju untuk sebatikan dengan udang tadi.
*semasa masukkan udang api kena besarkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nohani Derahman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/