Pada awalnya, Admin terjumpa perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini, ingatkan resipi Nasi Ayam biasa. Tapi, apabila diteliti resipi ini sendiri rupanya Nasi Ayam Thai. Bahan-bahan yang digunakan sama sahaja seperti Nasi Ayam tetapi ada juga beberapa bahan tambahan yang membuatkan ia bertambah sedap dan lain daripada yang lain.
Nak tahu apa yang lain, boleh la cuba masak resipi ini!
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Nasi Ayam Thai ini 🙂
Bahan-bahan untuk nasi:
2 cawan beras basmathi
½ biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sdm mentega
1 cm halia
6 helai daun ketumbar jawa
Bahan untuk Sup:
8 cawan air
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ayam
ayam secukupnya
Bahan untuk Sos Cili:
15 biji cili api
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
Garam
Cara memasak:
1. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris nipis.
2. Masukkan air 8 cawan. 4 cawan nanti kita ambil untuk masak nasi. Baki kita perasakan dengan garam untuk dijadikan sup kosong.
3. Masukkan juga kiub ayam seketul. Rebuskan sampai ayam separuh masak ya.
(Untuk Sos Cili)
4. Sementara itu, kisar halus 15 biji cili api siam, 2 ulas bawang putih dan halia. Masukkan ½ cawan air. Kisar halus macam ini.
5. Masukkan secawan air dalam periuk bersama bahan kisar tadi.
6. Dan mendidih, masukkan 1 sudu masakcuka. Masukkan juga garam.
7. Masukkan 1 sudu masak gula. Kakchik suka sos sambal yang pedas untuk lawan dengan nasi ayam thai. Kalau suka manis boleh tambah ya.
8. Masak sampai sedikit pekat. Matikan api.
9. Rebusan ayam tadi dah mendidih.
*Yang ini boleh dibuang.
10. Tumiskan 2 sudu masak mentega dengan bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi. Tumis jangan sampai hangus.
11. Beras tadi sudah dibasuh dan rendam 30 minit. Toskan air, masukkan bahan tumis tadi.
12. Masukkan ayam yang direbus bersama air rebusan sebanyak 4 cawan.
13. “Kakchik guna daun ketumbar jawa”. Kalau tiada boleh guna daun ketumbar biasa. Masak nasi sampai siap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/