Ada yang rindu tak nak beli kuih muih di gerai tepi jalan? Kalau Min, rindu sangat nak beli Kuih Onde-onde ni. Tapi musim PKP, tak banyak yang buka gerai. Kemudian, terjumpa la perkongsian resipi tradisional ini. Terfikir nak buat. Macam senang je kan?
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Onde-Onde Buah Melaka ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan dan sedikit pewarna hijau
Seketul gula kerek (dipotong dadu kecil-kecil)
Sedikit kelapa parut dan sedikit garam
Cara membuat:
- Satukan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas.
- Tuang air pandan sedikit demi sedikit, sambil menguli adunan tadi hingga tidak melekat di tangan.
- Bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan. Letak gula kerek ditengah dan bulatkan semula
- Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian boleh angkat dan toskan.
- Golekkan kuih tadi dengan kelapa parut (untuk tahan lama, kukus dulu kelapa parut).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/