fbpx

Resepi Terbaik Untuk Sarapan, Nasi Goreng Jagung. Pastikan Goreng Udang Dahulu Sebelum Menumis.

iCookAsia

Nasi Goreng memang sudah menjadi kebiasaan untuk dihidang pada waktu pagi sebagai sarapan. Kenyang pun kenyang, betul tak? Tetapi, pernahkah anda cuba meletakkan Jagung di dalam Nasi Goreng ini? Jom beri kelainan pada hidangan sarapan pagi anda. 

Terima kasih Aziq Zazz untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Jagung ini 🙂

Bahan untuk tumbuk:

Cili api merah dan 1 sudu besar cili kisar

Bawang putih

Bawang merah

Bahan lain:

Udang

Nasi

Telur

Jagung

Kacang buncis

Daun sup

Garam

Perencah nasi goreng Kampung Seri Aji

Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga keperangan. Kemudian masukkan garam dan udang.
  2. Masukkan telur yang telah di kacau-kacau sekejap. Biarkan sedikit keras atau kering dan barulah masukkan jagung, kacang buncis, nasi dan perencah nasi goreng. Gaul hingga sebati. 
  3. Letakkan sedikit kicap manis dan daun sup. Gaul lagi hingga sebati. 

Nota: Sebelum masak nasi goreng, letakkan udang dalam kuali untuk kecutkan sekejap untuk keluar kan air udang. Apabila udang sudah kemerahan, terus angkat. Tujuannya, bila masukkan udang dalam bahan tumisan, tiada air udang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aziq Zazz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x